Saturday 9 July 2011

Tips: Elak Diet Tak Berkesan

Ok…sebelum ni aku der cte pasal tips2 nak kuruskan badan berdasarkan pengalaman aku sendiri…kali ni aku nak share gak antara bende2 yang kte slalu fikir time kte nak kuruskan badan yang ley wat kte salah paham dan  tersalah langkah sebab kte xpaham teknik sebenar untuk kuruskan badan…

1.           Singkir terus makanan yang kononnya menggemukkan

Bila sebut je pasal nak kuruskan badan, terus kata TIDAK pada makanan yang berlemak atau yang berkalori tinggi. Actually, badan kte still perlukan makanan yang berlemak…tapi kte kena make sure kuantitinya betul…dalam erti kata lain, kte kena pandai seimbangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi ni… Badan kte tetap memerlukan nutrisi seperti air, vitamin, karbohidrat, sedikit lemak, mineral, dan serat. So, cara terbaek camner nak seimbangkan, kte try2laa ambil tau per tu piramid makanan..Ngan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan kte makanan per yang boleh dimasukkan dalam menu pemakanan harian dan berapa jumlah yang perlu diambil setiap hari


2.                   Diet bukan bermakna menyingkirkan semua lemak dalam tubuh
Ble nak diet jer, mesti terfikir xnak ambil lemak langsung…pemikiran ni salah sebenarnya…badan kita tetap memerlukan lemak..kte perlukan lemak untuk menjaga otot2 di dalam tubuh…Sebab tula, kte kena paham per tu piramid makanan dengan tujuan kte kuruskan badan..dan ble kte mula berdiet untuk kuruskan badan, jangan takut dengan lemak..xmembantu pun kalau kte fikir xnak ambil lemak langsung sebab nak buang semua lemak..sebaliknye kte fikir kte kena kurangkan kuantiti makanan berlemak…xpun, kte perlu tekankan yang kte perlu ambil lemak yang ‘baik’ jer…macam lemak yang der di dalam kekacang dan minyak zaitun. kalau xtau mana lemak yang baik, rajin2laa jenguk google…check out kat citu…hehehe~

2.                   Bersenam Ketika Lapar


Betul ker bersenam time lapar ley bakar banyak lemak? Kte slalu fikir time bersenam kalau xmakan, lemak yang dah sedia ada dalam badan akan dibakar…actually xbetul pemikiran tu.. badan kte memerlukan karbohidrat/lemak yang kte makan beberapa jam sebelum bersenam untuk bakar lemak yang sedia ada. Kalau kte xmakan, tahap metabolisma badan kte sangat rendah…badan pun akan rasa lemah..ble badan lemah, xbanyak kalori yang boleh dibakar…so, makanlaa sebelum bersenam…tapi make sure kte makan 2-4jam sebelum bersenam…kalau terus bersenam pas makan, kaang termuntah lak, sape yang susah???hehehe~

3.                   Boleh makan Banyak Sebab Bersenam

Ramai yang fikir, kte boleh makan apa sahaja sekiranya kte rajin bersenam. Betul ker? Salah tu…xkira serajin mana kte bersenam/ ke gym, tu xbermakna kte ley serbu jer time makan.. Even senaman ley membakar kalori, berat badan kte tetap boleh bertambah kalau kte ambil hidangan xseimbang..so, berpada2laa time makan..

4.                   Tidak Makan Nasi dan Makan Makanan Rendah Lemak



Ok…ni lagi satu teknik yang kte slalu amalkan untuk kurus…actually xmakan nasi ngn makan makanan rendah lemak xmenjamin kte akan kurus dan sihat. Sama seperti lemak, karbohidrat jugak diperlukan untuk menjana tenaga. Jumlah yang sesuai adalah sebanyak 130 gram sehari. Kalau kte tak ambil nasi di dalam menu hidangan kte, kte akan cepat rasa letih.. sembelit dan masalah komplikasi perut, termasuklah kesan jangka panjang seperti penyakit jantung dan kanser kolon… 

Kte pun mudah percaya yang rendah lemak bermakna kurang kalori & lebih sihat berbanding lemak penuh. Ni lagi satu pemikiran yang xelok untuk kuruskan badan…Normally, bahan makanan yang rendah lemak mengandungi bahan tambahan lain cam gula ngn tepung…kadang2 der lagi banyak kalori dari produk lemak penuh…makanan rendah lemak ni pun ley wat kte rasa lagi cepat lapar…cara terbaek nak check out makanan rendah lemak tu ok/x…kte kena check kandungan nutrisi dia.

No comments:

Post a Comment