Wednesday 14 September 2011

nak jadi usahawan online?? jom try tip ni…=)

“semangat tinggi” Persaingan hebat itu merupakan perkara biasa untuk setiap peniaga yang ingin berjaya namun begitu, lakukan persaingan ini secara sihat dan bukannya dengan cara dengki kepada orang lain. Dalam Islam sendiri telah ada garis panduan yang perlu diikuti sepertimana yang menjadi amalan Rasullulah SAW ketika berniaga. Semangat yang tinggi perlu ada di dalam setiap diri seorang peniaga kerana tanpa semangat yang tinggi, sesuatu perniagaan itu tidak akan berjaya.

“tahu matlamat” Seorang peniaga hendaklah tahu matlamat sebenar untuk perniagaan yang  akan dijalankan. Ini penting untuk mengelakkan perniagaan separuh jalan sahaja. untuk mendapatkan keuntungan, pastikan perniagaan kita itu lain daripada yang lain. Orang ramai akan lebih teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan kita sekiranya cara kita berbeza daripada peniaga yang lain.w cartoon-cyber bully

“cipta strategi” Peniaga yang bijak seringkali mengatur stategi yang baru untuk meningkatkan keuntungan. Selain daripada produk, pengubahsuaian maklumat di dalam internet hendaklah dilakukan secara berkala agar pelanggan tidak berasa bosan untuk melihat status yang sama sahaja setiap masa.

“bersungguh-sungguh” Sebelum memulakan langkah, pastikan ilmu mengenai perniagaan penuh di dada agar anda tidak mudah untuk ditewaskan. Jangan terlalu cepat berasa bosan untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai perniagaan melalui pemerhatian dan pengalaman. Sekali jatuh tidak bermakna akan gagal selamanya. jadikan kegagalan itu sebagai satu langkah untuk lebih cekal. melalui usaha yang jitu inilah yang akan membuahkan hasil. Mana tahu dengan sikap bersungguh-sungguh anda ini, anda akan bergelar jutawan diusia yang muda.

“doa & tawakal” Sentiasa ingat kepada Allah dan memohon restu daripadaNya. Oleh itu, jangan jemu menadah tangan untuk berdoa dan memohon daripadaNya agar apa yang diusahakan akan berjalan dengan lancar dan berjaya. Sentiasa tanamkan di dalam hati bahawa rezeki yang halal akan sentiasa mendapat rahmat dan keredaan daripada Allah.

Sumber: Adaptasi dari majalah Dara.com

No comments:

Post a Comment